Dah lama tak pegi ambik gambar dengan kengkawan, pagi tadi saya pergi ke Bukit Belachan, Ampang. Sebelum ni saya belum pernah lagi ke sana. Tak sangka pulak kat kawasan Ampang ada hutan dan sungai macam tu. Kalau cuaca sejuk berkabus, pasti pemandangannya tampak lebih menarik.
Dua minggu lepas saya outing dgn kawan2 photog shoot scenery di Sg. Tua Ulu Yam. Jadi semalam saya ajak pulak isteri saya outing temankan saya ke Putrajaya hehe. Cadangnya nak shoot sunset di area berdekatan kawasan tasik Putrajaya. Tapi boleh pulak semalam masa nak pergi tu hujan turun, jadi tenggelam teruslah matahari yg saya harap2kan untuk memberi subjek sunset yg saya nak shoot tu. Jadi alang2 dah sampai, jadi saya tunggu aje lah sampai senja berlabuh. Tak dapat shoot sunset, dapat shoot reflections cahaya lampu bangunan dan jambatan putrajaya pun jadilah. Selain tu, shoot gambar isteri saya sikit.

Sebelum balik, saya ajak isteri saya singgah ke medan selera bersebelahan Masjid Putrajaya untuk makan malam. Kebanyakan gerai dah hampir tutup, jadi kami settledown dgn chicken chop di Secret Recipe aje. Lepas perut dah terisi, kami ambil angin di luar di ruang legar berhadapan tasik sambil selit2 kan sikit aksi isteri saya lagi hehe.
Sekadar nak share gambar kat atas nie. Sebelum tu, dalam entri kat bawah nie, gambar yg saya ambil masa outing di Sg. Tua Ulu Yam sebelum ni kaya dgn natural ROL, kerana pada masa kami pergi tu cuaca sejuk berkabus baru lepas hujan pada 2, 3 hari sebelumnya. Tapi pada masa saya shoot lagi pada outing yg kedua minggu lepas, cuaca sangat cerah dan panas 2,3 hari sebelumnya. Jadi.. tak adalah kabus, justeru tak adalah juga natural ROL. Agak hampalah juga sebab niat tak tercapai. Tapi disebabkan hajat hati nak abadikan gambar dengan ROL juga, jadi saya edit dan tambahkan artificial ROL pada gambar yg saya shoot ni menggunakan aplikasi photoshop. Hmmmm.. menarik juga hasilnya..
Dah lama giler saya tak update blog saya nie. Dan dah lama giler juga saya tak bermain dengan kamera saya. Nasib baik simpan dalam dry cabinet. Kalau letak kat luar je dah lekat fungus agaknya. Maklumlah, busy tahap gaban.
Semalam, bila kawan saya mengajak utk outing ambik gambar ke jeram sungai berdekatan area selangor, saya tak berfikir panjang lantas terus bersetuju. Kami bertolak awal pagi dan tiba di jeram Sg. Tua lebih kurang pukul 7:45 pagi. Setibanya kami di lokasi yg dituju, kabus pagi masih lagi berbaki. Jadi dapatlah kami mengabadikan beberapa shots gambar yg mengandungi Ray of Lights yg asli. Jika berkesempatan lagi, saya pasti akan menyusul utk sesi yg kedua pula sebab itulah pengalaman pertama saya mengambil gambar scenery dalam hutan yg mengakibatkan saya rasa bercelaru dan jadi kurang kreatif utk berekspresi. InsyaAllah saya akan menyusul utk outing kedua nanti jika berpeluang sebab outing yg ini saya rasa kurang berpuas hati.
Gambar bunga api ni di ambil semasa pesta Hot Air Balloon yg berlangsung di Putrajaya semalam. Gambar agak kurang menarik disebabkan framing yg agak ketat. Masa tu saya tak sure bunga api akan ditembak dari mana. Jadi saya dok menunggu ditepi tasik sambil kamera dah siap2 difokus dan diarahkan ke kawasan hot air balloon tersebut. Tiba-tiba bila bunga api ditembak, rupanya lokasi ia diletuskan ialah dari seberang kawasan tasik. Kelam kabut pusingkan tripod dan mula memetik shutter. Hasilnya, jarak composition yg pendek, tak dapat nak include persekitaran disebabkan lens tak cukup wide.

Kat blog '
sebelah', saya ada post entri tentang pendakian saya di Bukit Broga. Seriously yg amat, pemandangan di Bukit tu memang sangat cantik. Tujuan asal saya daki bukit tu sebab nak shoot gambar matahari terbit. Tapi oleh kerana bila dah sampai puncak saya keletihan yg amat, matahari ke mana, kamera ke mana, saya pun ke mana hehehe. Dok terbaring melepak mencungap cari nafas dan nyawa sampai matahari terbit pun saya dah tak peduli lagi hehe. Masa matahari baru2 nak terbit tu, pemandangan dari atas bukit tu sangat spectacular, dengan suasana di bawah dan bukit-bukau di kejauhan yg berkabus dgn langit yg sangat membiru..perghh sayang sungguh saya dah tak larat nak keluarkan kamera shoot scenery masa tu. Tapi daripada tak shoot lansung, nasib baik jugalah saya sempat shoot beberapa shots gambar isteri saya utk kenang-kenangan sebelum turun semula sementara masih dingin, sebab kalau dah terik lagilah letih tak berdaya nanti. Saya berazam utk kembali lagi nanti utk sunrise dan scenery shot bila ada peluang pada masa hadapan, InsyaAllah.

Malam tadi sewaktu duduk di balkoni melayan angin malam saya terperasan bulan mengambang yg sangat bulat dan cerah dan hanya dikelilingi awan nipis. Bergegas saya masuk ke dalam mengambil kamera dan mendirikan tripod utk mengabadikan gambar bulan tersebut sebab kalau lambat pasti awan berat akan mula berarak dan melitupi sinaran tersebut. Snap yg pertama
gambar tak menjadi dan bulan jadi kembang dgn cahaya pecah disekelilingnya. Maklumlah, ini kali pertama shoot gambar bulan cerah hehe. Waktu tu saya guna ApertureValue Mode dgn ISO100 dan set aperture yg paling kecil iaitu F40 dan saya gunakan metering 'Center-weighted'. Lepas tu saya tukar aperture besarkan sedikit guna common F-stop iaitu F8 dan tukar metering ke Spot', barulah gambar menjadi. Dapat shoot lebih kurang 6 shots, awan dah mula masuk tutup bulan. Nasib baiklah saya sempat shoot Sinar Rembulan saya hehe.
Lama juga saya tak update gambar terbaru di blog ni. Kesibukan kerja benar-benar mengekang waktu saya utk berekspresi dgn lensa kamera saya. Namun demikian saya berkesempatan juga utk memanaskan kamera saya sekejap di sawah padi di Kuala Selangor siang tadi. Tapi tak banyak shot yg saya petik sebab sinar matahari yg terlalu terik. Tambahan pula saya kesana tanpa perancangan awal. Tujuan ke sana adalah utk memenuhi permintaan isteri saya yg teringin sangat hendak melihat sawah padi. Setahu saya kalau nak tengok bendang, boleh pergi ke Kuala Selangor, Sekinchan atau Sabak Bernam. Lepas sarapan pagi tadi terus saya tanya isteri saya nak pergi tengok sawah padi tak? Tersenyum lebar dia mendengar pelawaan saya. Terus saya search Google Map utk tengok jalan ke Kuala Selangor. Saya tak pernah lagi memandu hingga ke kawasan sebelah sana jadi lebih baik saya tinjau dipeta dulu. Sedikit sebanyak dapatlah membantu saya nanti.
Petang semalam saya pergi ke Putrajaya untuk melihat Pesta Bunga. Saya sampai di sana lebih kurang dalam pukul 6 setengah. Oleh kerana saya tak berapa pasti akan lokasinya, saya terjah aje ke area berdekatan jambatan. Nasib baik tekaan saya betul. Ketika saya sampai ada tiba biji belon udara panas sedang berapungan diudara. Selepas 'menembak' belon tersebut langit dah beransur suram menghampiri pukul 7 malam. Hilang kisah saya nak tengok bunga, saya bergegas pergi ke kawasan tasik pula sebab saya rasa disana pemandangan tentu lebih cantik untuk dirakamkan. Tambahan pula, saya belum pernah menembak gambar langit melepasi senja.