Kat blog 'sebelah', saya ada post entri tentang pendakian saya di Bukit Broga. Seriously yg amat, pemandangan di Bukit tu memang sangat cantik. Tujuan asal saya daki bukit tu sebab nak shoot gambar matahari terbit. Tapi oleh kerana bila dah sampai puncak saya keletihan yg amat, matahari ke mana, kamera ke mana, saya pun ke mana hehehe. Dok terbaring melepak mencungap cari nafas dan nyawa sampai matahari terbit pun saya dah tak peduli lagi hehe. Masa matahari baru2 nak terbit tu, pemandangan dari atas bukit tu sangat spectacular, dengan suasana di bawah dan bukit-bukau di kejauhan yg berkabus dgn langit yg sangat membiru..perghh sayang sungguh saya dah tak larat nak keluarkan kamera shoot scenery masa tu. Tapi daripada tak shoot lansung, nasib baik jugalah saya sempat shoot beberapa shots gambar isteri saya utk kenang-kenangan sebelum turun semula sementara masih dingin, sebab kalau dah terik lagilah letih tak berdaya nanti. Saya berazam utk kembali lagi nanti utk sunrise dan scenery shot bila ada peluang pada masa hadapan, InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Nice pics and beautifully composed. Good job.
Post a Comment