Dari Lensa CM

Fotografi Itu Duniaku

Light Rays II



Lama rasanya saya tak edit gambar ala-ala Agah Permadi dan Rarindra Prakarsa. Utk photographer tegar pasti sudah kenal siapakah beliau yg saya maksudkan tersebut. Siapa lagi jika bukan pakar Ray of Lights yg hasil kerja editing mereka dikagumi oleh ramai photographer di seluruh dunia. Untuk post kali ni, saya tempek sekeping lagi hasil editing saya mengaplikasikan konsep Ray of Lights tersebut. Gambar ini adalah gambar kahwin rakan sekerja saya yg meminta gambar beliau diedit dgn penambahan Light Rays. Kali ini saya gunakan teknik yg berbeza daripada teknik yg saya gunakan sebelum ini. Sebenarnya banyak cara untuk menghasilkan light rays tersebut. Terpulang kepada kepandaian kita mempelbagaikan penggunaan tools yg terdapat dalam aplikasi photoshop, dan yg paling penting sekali adalah kreativiti.

Foto Asal


Superimpose Technique



Lanjutan dari entri di bawah, oleh kerana saya tak dapat buat outdoor shooting semasa wedding anak saudara isteri saya tu, jadi saya buatkan satu gambar superimpose guna photoshop. Bukan superimpose kepala guna kat badan lain, tapi superimpose kepada latar-belakang lain. Saya cantumkan gambar pengantin tu dgn gambar saya masa kat Bukit Tinggi hari tu. Ye lah, daripada takde langsung gambar outdoor, dapat sekeping gambar outdoor yg di create sendiri pun jadilah hehe....

Gambar Asal

Selamat Pengantin Baru buat Ika & Amy




Ini entri sempena 'sumbangan' saya pada anak saudara isteri saya yg melangsungkan perkahwinannya pada hari Sabtu yg lepas di Pontian, Johor. Tak sangka pulak selepas lebih 5 tahun saya bersara dari wedding photo job, kakak ipar saya tu tiba-tiba membuka mulut bertanya kalau-kalau saya boleh mengambil gambar kahwin anak perempuan tunggal beliau. Sebenarnya saya agak keberatan sedikit tapi bila beliau bersungguh-sungguh menyuarakan hasrat tersebut kerana tiada peruntukan utk wedding photog, tak sampai hati pula saya hendak menolaknya. Soalan pertama yg di ajukan kepada saya sebaik saya tiba adalah "ada bawak kamera tak Mat?" hehe.. sabar ajelah. Saya tiba setelah majlis nikah tamat, dan hati saya sedikit terkilan bila saya dapat tahu tiada jurugambar yg merakamkan majlis nikah tersebut. Majlis perkahwinan tersebut dibuat dengan sangat sederhana dengan undangan tetamu yg kecil yg terdiri daripada kawan2 rapat kepada ayah pengantin dan keluarga terdekat kepada ibu dan ayah pengantin perempuan sahaja.Oleh kerana keadaan rumah yg agak sempit, saya pada mulanya bercadang nak bawa pengantin keluar ke kawasan berdekatan utk membuat outdoor shoot selepas majlis selesai tapi nasib tidak menyebelahi kami disebabkan hujan mulai turun. Tiada rezeki utk berposing shoot di luar, saya sekadar dapat berpuas hati dengan memetik beberapa shot di atas pelamin saja.














Selamat Datang Orang Baru!



Setelah berhari-hari tak lena tidur malam, buah hati yg saya tunggu-tunggu akhirnya sampai juga ke riba. Alahai, macam bebudak dapat permainan baru je lagaknya saya ni. Al maklum sajalah.. cuma orang 'gila kamera' macam saya je yg paham perasaan macam saya ni hehe. Ini pun kira dah kurang sikit ni. Dulu masa muda remaja, kalau dapat kamera cenggini, mau tidur pun saya kepit kat sebelah saya hehe.

Buah hati yg baru ni agak besar bila dibanding dgn DSLR yg lama tu, macam bapak dgn anak. Bila diangkat dan digenggam pun rasa solid sangat-sangat. Tak macam EOS 1000D yg dulu. Mana taknya, 1000D tu bodynya plastic, yg EOS 40D ni pulak bodynya guna magnesium alloy. Tu yg berat cam bata je tu. Bila dah attach dgn battery grip dan lens, beratnya dah jadi 2kg. Alahai, alamat lenguhlah lengan saya kalau shoot lama-lama nanti. Tapi.. itu pun kalau ada masa nak berekspresi dgn gear baru ni. Kalau dok busy memanjang, maknanya bertapa kat dalam dry cabinet ajelah buah hati baru saya ni hehe.






P/S - Mahal sungguh nak menyara hobi fotografi ni, tapi dah minat saya ke situ, nak buat macamana.. ye tak :)

Bon Voyage My Darling

Setelah bersama semenjak 28 June 2009 akhirnya kami terpaksa berpisah juga. Yang saya maksudkan ialah DSLR 1000D saya. Saya masih ingat lagi ketika saya mula-mula hendak membeli kamera dizaman SLR guna filem dulu. Saat mula2 duit dah cukup utk membeli kamera, pada malam tu saya dok resah semacam tak sabar nak tunggu esok menjelang. Keghairahan dan excitement nak menyerbu kedai kamera tu sangat tidak tergambar dengan kata-kata. Hanya orang yg gila kamera seperti saya saja yg tahu bagaimana perasaannya. Pendek kata sebelum dapat tu, asyik dok terbayang jer. Makan tak kenyang, mandi tak basah. Macam orang gatal nak berbini saja lagaknya hehe. Bila dah dapat dan dibawa balik kerumah pulak, rasa macam nak bawak tidur sama setiap masa. Celik je mata mesti nak pandang kat kamera tu. Dibelai-belai sayang macam belai bini pulak hehe. Tapi itu dulu, dah berzaman berlalu cerita tu. Sekarang ni, walaupun dah kurang excitementnya, namun sikit2 perasaan tu masih ada lagi tersisa seperti waktu saya membeli DSLR 1000D saya 4 bulan yg lepas. Cuma tak kemarok macam dulu2.

Hari ni, bulat tekad saya utk melepaskan kamera DSLR pertama saya tu. Saya menjaganya cukup baik sehingga dibelikan rumah khas utk dia (Dry Cabinet). Saya ingatkan jodoh saya dengannya akan panjang, rupa-rupanya tak sampai setengah tahun saya dah ceraikan dia talak tiga. Memang ini penyakit biasa yg akan melanda orang gila kamera. Susah nak hentikan tabiat meng'upgrade'. Asyik gatal je hati tu bila terpandang model yg lebih tinggi. Walaupun berat rasa hati nak melepaskan 'gundik' lama tapi demi 'gundik' baru yg bakal dilamar tak lama lagi, terpaksalah saya relakan kepergiannya. Selamat tinggal wahai 1000D ku. Selamat datang pula wahai 40D.


Kenangan terakhir 1000D saya sebelum dibungkus seperti asal. sob..sob..


Berbungkus seperti mula2 saya mendapatnya dulu utk berpindah ke tangan pemilik yg baru.

Tortoise



Lama saya tak main dengan macro subject. So pagi tadi saya pun dok memikir apa subjek makro yg best utk di snap ek. Nak snap bunga, rasa malas pulak nak keluar pergi cari bunga. Nak snap serangga? Mana plak nak cari serangga. Tup-tup, terpikir nak snap macro gambar kura-kura. Tapi nak snap kura-kura ni bukan mudah juga rupanya. Kepala dia tu asyik nak menyorok jer. Nak tunggu dia keluarkan kepala dia tu untuk di snap secara natural agak payah juga. hehe sabor ajelah. Nak tahu lokasi di mana saya snap kura-kura tu? Klik SINI.








Se Petang di Sawah padi



Lama juga saya tak update gambar terbaru di blog ni. Kesibukan kerja benar-benar mengekang waktu saya utk berekspresi dgn lensa kamera saya. Namun demikian saya berkesempatan juga utk memanaskan kamera saya sekejap di sawah padi di Kuala Selangor siang tadi. Tapi tak banyak shot yg saya petik sebab sinar matahari yg terlalu terik. Tambahan pula saya kesana tanpa perancangan awal. Tujuan ke sana adalah utk memenuhi permintaan isteri saya yg teringin sangat hendak melihat sawah padi. Setahu saya kalau nak tengok bendang, boleh pergi ke Kuala Selangor, Sekinchan atau Sabak Bernam. Lepas sarapan pagi tadi terus saya tanya isteri saya nak pergi tengok sawah padi tak? Tersenyum lebar dia mendengar pelawaan saya. Terus saya search Google Map utk tengok jalan ke Kuala Selangor. Saya tak pernah lagi memandu hingga ke kawasan sebelah sana jadi lebih baik saya tinjau dipeta dulu. Sedikit sebanyak dapatlah membantu saya nanti.

Lebih kurang pukul 1:30 tengahari tadi saya dan isteri bersama anak bungsu saya keluar dari rumah. Saya tiba di Kuala Selangor lebih kurang 1 jam lima belas minit kemudian. Tapi setiba saya disana saya tak nampak kelibat walau sepetak sawah padi pun dari laluan utama jalanraya. Namun demikian saya teruskan juga memandu menuju ke Sabak Bernam kalau-kalau ternampak nanti bolehlah saya membelok masuk. Namun setelah menghampiri Sekinchan iaitu separuh perjalanan ke Sabak Bernam, saya hampir-hampir berputus-asa dan ingin berpatah balik kerana seperti tiada bayang-bayang sawah padi pun yg kelihatan. Namun berkat kesabaran, 2 minit selepas itu saya ternampak seperti kelibat kehijauan sawah sewaktu saya menoleh ke kanan jalan. Terus saya perlahankan kereta dan mencari jalan utk berpatah balik dan masuk ke simpang jalan tersebut. Alhamdulilah termakbul hajat saya utk merealisasikan impian isteri saya utk melihat bendang dan memegang rumpun padi.Saya turut rasa seronok dan pasti akan kembali ke sana semula suatu masa nanti untuk 'menembak' lagi.











Tutorial for Light Rays



Salam.. seperti yg dijanjikan sebelum ni, saya buatkan tutorial bagaimana nak membuat light rays seperti gambar di atas berbanding gambar yg asal. Tapi untuk sesiapa yg nak mencuba teknik ni mestilah sudah ada pengetahuan asas tentang photoshop sebab step-step yg saya beri kat bawah ni adalah high-level steps. Seperkara lagi, teknik ni tak boleh diaplikasikan begitu saja pada sebarang gambar sebab ia harus disesuaikan dengan suasana dalam gambar tersebut. Jika suasananya sesuai, dengan menambahkan light rays akan menambahkan dan menyerlahkan mood dramatik kepada gambar tersebut. Samada nak kesan cahaya tu kuat atau longgar, terpulanglah kepada citarasa masing2. Semoga panduan asas dibawah ni dapat membantu utk sesiapa yg hendak mencuba.

1. Buat layer kepada gambar tersebut: 'Layer'->'Duplicate Layer'.
2. Setelah itu klik kepada layer tersebut dan pergi ke menu 'Image'.
3. Pilih 'Image'->'Adjustment'->'Level'.
4. Tarik pointer yg paling kiri ke arah yg paling kanan sekali.
5. Gambar layer tersebut akan menjadi gelap dan sumber cahaya akan terserlah.
6. Gunakan tool brush dan warnakan selain dari sumber cahaya tersebut kepada warna hitam.
7. Setelah itu pergi ke menu Filter dan pilih 'Blur'->'Radial Blur'.
8. Pilih amount 100, blur method 'zoom', quality 'best' dan adjustkan 'blur centre' sama seperti lokasi sumber cahaya tersebut ke arah yg dikehendaki.
9. Duplicatekan layer yg telah siap itu dan ulang step 7 & 8 (tapi tak payah adjust 'blur centre') hingga 4 atau 5 kali atau sehingga anda dapat kesan yg anda mahukan. Sebagai jalan pintas boleh gunakan [Ctrl+J] dan [Ctrl + F].
10. Setelah langkah tersebut siap, anda akan dapat beberapa layer 'gambar cahaya'. Gabungkan layer tersebut dengan pilih 'Layer'->'Merge down' atau [Ctrl+E] hingga tinggal 1 layer.
11. Untuk menjadikan layer tersebut kelihatan di atas gambar asal, klik pada tab layer dan pilih 'screen'.
12. Sekarang light rays tersebut akan kelihatan pada gambar. Ubah-suaikan warna dan saturation pada layer. Sesuaikan juga level, curve dan lain-lain image adjustment pada backgroundnya mengikut citarasa masing-masing.

Selamat mencuba!

Satay anyone?

Bila saya buka blog ni petang tadi, saya garu kepala yg tak gatal ni sekejap sambil tersenyum sumbing. Bukannya apa. Dah berabad rupanya saya biarkan blog saya ni seperti rumah yg tak berpenghuni. Tapi sebenarnya bukan saya sengaja tak nak update. Tapi masa saya memang sangat-sangat terhad sejak dua tiga bulan kebelakangan ni disebabkan komitmen kerja. Jangankan nak update blog, kamera saya tu pun dah sejuk keras duduk dalam drybox sebab tak digunakan. Itupun nasib baik hari tu dapat dipanaskan sekejap sebab saya menghadiri event Msjbox di JB. Gambar-gambar yg ditembak disana adalah gambar2 coverage acara rumah terbuka dan yg sewaktu dengannya. Tak ada yg menarik utk dipertontonkan di sini. Cuma saya agak tertarik dgn satu gambar yg dipetik oleh isteri saya iaitu waktu saya sedang membantu membakar sate kerana itulah kali yg pertama dalam hidup saya, saya membakar sate. Entah apa rasanya sate tu hehe. Dan utk menyuntik sedikit mood dalam gambar tu, saya editkan mengikut style Agah Permadi . Nampaknya saya sudah semakin selesa dengan style beliau.



Light Rays

Saya sangat tertarik melihat gambar yg menampakkan garisan sulur cahaya. Contohnya seperti gambar pokok-pokok didalam hutan dimana cahaya matahari yg cerah diatasnya akan menampakkan garisan cahaya menembusi dedaunan dari pokok-pokok tersebut hingga ke lantai hutan. Saya sangat menyukai teknik tersebut dan saya jadi sangat teruja bila saya masuk ke website dua orang photographers iaitu Agah Permadi dan Rarindra Prakarsa. Banyak dari foto-foto mereka yg menampakkan teknik tersebut. Saya sangka pada mulanya yg teknik tersebut hanya dapat dihasilkan menggunakan setting-setting tertentu pada kamera dan dalam keadaan tertentu saja semasa kita menangkap gambar tersebut. Rupanya sangkaan saya itu tidaklah 100% tepat. Oleh kerana hari ini saya tak buat apa-apa jadi saya duduk mengadap laptop dan cuba utk menghasilkan gambar seperti itu menggunakan teknik Photoshop dan ternyata saya berjaya mendapatkan hasil tersebut dalam gambar saya. Hasilnya sangat mengujakan saya dan pastinya saya akan cuba mengaplikasikannya pada foto2 saya yg sesuai pada masa akan datang.

Foto setelah diedit


Foto asal

Senja Di Putrajaya

Petang semalam saya pergi ke Putrajaya untuk melihat Pesta Bunga. Saya sampai di sana lebih kurang dalam pukul 6 setengah. Oleh kerana saya tak berapa pasti akan lokasinya, saya terjah aje ke area berdekatan jambatan. Nasib baik tekaan saya betul. Ketika saya sampai ada tiba biji belon udara panas sedang berapungan diudara. Selepas 'menembak' belon tersebut langit dah beransur suram menghampiri pukul 7 malam. Hilang kisah saya nak tengok bunga, saya bergegas pergi ke kawasan tasik pula sebab saya rasa disana pemandangan tentu lebih cantik untuk dirakamkan. Tambahan pula, saya belum pernah menembak gambar langit melepasi senja.





















Ole-ole dari Kampung

Hujung minggu yg lepas saya balik kampung ke Johor Bahru kerana ada urusan sikit. Dalam pada tu saya berkesempatan utk berjumpa dengan kawan-kawan baik saya iaitu Kasawari dan juga Lin sekeluarga. Lin dan suaminya En Sabar bawa kami semua utk makan tengahari di Restoran Todak di Teluk Jawa. Walaupun saya berasal dari Johor Bahru, tapi inilah kali pertama saya pergi ke tempat tersebut yg berkonsepkan restoran terapung di tepi laut. Pemandangan disitu agak spectacular dan inilah beberapa shot di sekitar restoran tersebut yg menawan pandangan saya.


Image Hosted by FileHive.com

Image Hosted by FileHive.com

Image Hosted by FileHive.com

Image Hosted by FileHive.com


Image Hosted by FileHive.com

Followers

My Vintage Collections



1 - Canon EOS 50
2 - Canon EOS 5
3 - Canon AV-1
4 - Canon AE-1
5 - Canon Canonet 28
6 - Rolleicord
7 - Kiev 88
8 - Zenit TTL
9 - Olympus Pen EE-3 (2 units)
10 - Nikon EM
11 - Agfa Super Silette-L
12 - Halina Paulette
13 - Rollei 35 LED
14 - Kodak Retinette 1A
15 - Agfa Isoflash - Rapid C
16 - Balda Baldinette
17 - Certotix 6x9 Folding
18 - Nikon FG
19 - Minolta SRT 100X
20 - Asahi Pentax
21 - Yashica FX-3
22 - Minolta Hi-Matic F
23 - Samoca LE-11
24 - Canon Canonet (1st Version)
25 - Konica EE-Matic
26 - Halina Simplette
27 - Bencini Comet S
28 - Halina 35X (2 units)
29 - Yashica Minister III
30 - Halina 35X Super (2 units)
31 - Bell & Howell/Canonet 19
32 - Bencini Comet II
33 - Arrow Mini Spy
34 - Minetta Mini Spy
35 - Rollei 35B
36 - Practica Super TL
37 - Olympus OM10
38 - Halina 3000
39 - Rival 35

Accessories:
1 - Gossen Super Pilot Light Meter
2 - Agfa Lucimeter S - Camera Lightmeter
3 - Canon Canolite D Flash Strobe 35mm
4 - Rollei E15 Auto Flash Head Unit 35mm
5 - Agfa "Agfalux" Bakelite Photo Flash 35mm
6 - Hunter Standard II Electronic Flash Unit
7 - Canon Flash Unit J-2
8 - Duo Luse Folding Flash Gun
9 - Starblitz 160A Flash Gun
10 - Agfa ISI-Blitz Flash Unit (2 units)
11 - Canon Flash Unit J-3 (2 units)
12 - Gossen Sixtomat Exposure Meter
13 - Gossen Sixon Exposure Meter
14 - Etalon Automat-A Exposure Meter
15 - 3 units of Vintage Camera Self-Timer
16 - Kobold Z1 Flash Unit
17 - Watameter Rangefinder
18 - Hanimex PR-55 Exposure Meter

Talk Corner




ShoutMix