Lama juga saya tak update gambar terbaru di blog ni. Kesibukan kerja benar-benar mengekang waktu saya utk berekspresi dgn lensa kamera saya. Namun demikian saya berkesempatan juga utk memanaskan kamera saya sekejap di sawah padi di Kuala Selangor siang tadi. Tapi tak banyak shot yg saya petik sebab sinar matahari yg terlalu terik. Tambahan pula saya kesana tanpa perancangan awal. Tujuan ke sana adalah utk memenuhi permintaan isteri saya yg teringin sangat hendak melihat sawah padi. Setahu saya kalau nak tengok bendang, boleh pergi ke Kuala Selangor, Sekinchan atau Sabak Bernam. Lepas sarapan pagi tadi terus saya tanya isteri saya nak pergi tengok sawah padi tak? Tersenyum lebar dia mendengar pelawaan saya. Terus saya search Google Map utk tengok jalan ke Kuala Selangor. Saya tak pernah lagi memandu hingga ke kawasan sebelah sana jadi lebih baik saya tinjau dipeta dulu. Sedikit sebanyak dapatlah membantu saya nanti.
Lebih kurang pukul 1:30 tengahari tadi saya dan isteri bersama anak bungsu saya keluar dari rumah. Saya tiba di Kuala Selangor lebih kurang 1 jam lima belas minit kemudian. Tapi setiba saya disana saya tak nampak kelibat walau sepetak sawah padi pun dari laluan utama jalanraya. Namun demikian saya teruskan juga memandu menuju ke Sabak Bernam kalau-kalau ternampak nanti bolehlah saya membelok masuk. Namun setelah menghampiri Sekinchan iaitu separuh perjalanan ke Sabak Bernam, saya hampir-hampir berputus-asa dan ingin berpatah balik kerana seperti tiada bayang-bayang sawah padi pun yg kelihatan. Namun berkat kesabaran, 2 minit selepas itu saya ternampak seperti kelibat kehijauan sawah sewaktu saya menoleh ke kanan jalan. Terus saya perlahankan kereta dan mencari jalan utk berpatah balik dan masuk ke simpang jalan tersebut. Alhamdulilah termakbul hajat saya utk merealisasikan impian isteri saya utk melihat bendang dan memegang rumpun padi.Saya turut rasa seronok dan pasti akan kembali ke sana semula suatu masa nanti untuk 'menembak' lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment