Malam semalam masa saya nak keluar pergi kedai, saya ternampak seekor anak belalang kunyit kat atas pokok bunga di tepi parking kereta dalam rumah saya. Oleh kerana masa tu hari dah gelap jadi saya bercadang esok paginya nak jenguk semula tengok belalang tu masih ada lagi ke tidak. Pagi tadi bila saya tengok semula, belalang tu masih ada kat situ. Apalagi, terus masuk rumah semula ambil kamera saya.
Lama saya tak main dengan macro subject. So pagi tadi saya pun dok memikir apa subjek makro yg best utk di snap ek. Nak snap bunga, rasa malas pulak nak keluar pergi cari bunga. Nak snap serangga? Mana plak nak cari serangga. Tup-tup, terpikir nak snap macro gambar kura-kura. Tapi nak snap kura-kura ni bukan mudah juga rupanya. Kepala dia tu asyik nak menyorok jer. Nak tunggu dia keluarkan kepala dia tu untuk di snap secara natural agak payah juga. hehe sabor ajelah. Nak tahu lokasi di mana saya snap kura-kura tu? Klik
SINI.
Omputeh kata, "practice make perfect". Ertinya kalau kita kerap berlatih, lama-lama kita akan jadi cekap. Kalau kita tinggalkan sesuatu bidang tu tanpa digilap, lama2 ia akan semakin tumpul. Itulah yg saya rasa sekarang. Saya terasa seperti kreativiti saya dah semakin tumpul. Rasa agak tersekat2 dan inspirasi sangat lambat utk membungakan idea, tak macam dulu-dulu. Nampaknya saya kena semakin rajin 'menembak' utk menggilap kembali idea yg dah semakin berkarat. Semoga saya akan mempunyai lebih masa terluang nanti, Amin...
Gambar pepatung kat bawah ni saya ambil masa saya berjalan2 ambil angin petang tadi di Taman Metropolitan Kepong bersama Siti dan Haqim. Yg kelakarnya masa nak shoot pepatung tu, dia asyik lari jer sebab saya cuba mendekatinya sedekat yg boleh, maklumlah senapang saya tak cukup panjang dan tiada stabilizer. Tambahan pula saya tak bawak tripod, jadi terpaksalah shoot dengan menopang lens saya pada kepala lutut utk mengurangkan goyang. Inilah bahananya bila ingin berkreatif dengan peralatan yg terlalu asas. Kalaulah saya ada lens yg lebih tajam, laju dan pantas... Namun buat masa ini saya sekadar dapat berpuashati dengan peralatan yg sekadarnya saja utk terus berekspresi.. sedihnya...



Saya tak bekerja hari ni sebab dapat cuti ganti disebabkan saya terpaksa bekerja hari Sabtu yg lepas. Mula-mula saya ingat nak claim elaun tapi lepas tu saya saja bukak mulut tanya kat big boss kalau saya tak nak claim boleh tak ganti dgn 1 hari cuti. Surprisingly dia kata no problem hehe. Tu yg saya bangun lambat sikit hari ni. Lepas mandi je matahari dah meninggi dan ternampak pulak pokok kaktus mini saya kat balkoni dipanah terik mentari pagi. Tu yg tergatal tangan nak shoot. Dah 2 minggu kamera saya terperap dalam
Dry Cabinet jer sebab takde masa nak berekspresi dgn foto. Tapi hasilnya kurang memuaskan sebab cahaya dah terlalu keras dan lens saya pula tidak dipasang polarizer filter. Apapun, lepaslah gian saya sekejap nak menembak hehe.
