Saya sangat tertarik melihat gambar yg menampakkan garisan sulur cahaya. Contohnya seperti gambar pokok-pokok didalam hutan dimana cahaya matahari yg cerah diatasnya akan menampakkan garisan cahaya menembusi dedaunan dari pokok-pokok tersebut hingga ke lantai hutan. Saya sangat menyukai teknik tersebut dan saya jadi sangat teruja bila saya masuk ke website dua orang photographers iaitu Agah Permadi dan Rarindra Prakarsa. Banyak dari foto-foto mereka yg menampakkan teknik tersebut. Saya sangka pada mulanya yg teknik tersebut hanya dapat dihasilkan menggunakan setting-setting tertentu pada kamera dan dalam keadaan tertentu saja semasa kita menangkap gambar tersebut. Rupanya sangkaan saya itu tidaklah 100% tepat. Oleh kerana hari ini saya tak buat apa-apa jadi saya duduk mengadap laptop dan cuba utk menghasilkan gambar seperti itu menggunakan teknik Photoshop dan ternyata saya berjaya mendapatkan hasil tersebut dalam gambar saya. Hasilnya sangat mengujakan saya dan pastinya saya akan cuba mengaplikasikannya pada foto2 saya yg sesuai pada masa akan datang.
Foto setelah diedit
Foto asal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
cantiklah...proses pun memang hebat. saya pernah buat dgn teknik LR ala2 Raindra tapi tak secantik yg saudara buat. tutorial pun saya tak tau sgt, saya cuma buat ikut suka aje dgn menggunakan LadyVictoire Light Effects brush.. :)
salam bro...
sis juga sgt2 kagum dan addicted dgn hasil2 dari agah permadi n rarindra.lebih teruja pernah rarindra balas email dari sis :)
perhhhhh.mamtap la bro hasil kat atas ni.sis xpernah pandai buat.maybe bro leh buat tutorial pasni :)
salam merdaka n ramadhan
Lina / Sis Honey,
Ini sesuatu yg masih baru bagi saya.. masih lagi mencuba dan belajar. Hopefully saya dapat memperbaikinya lagi sedikit masa nanti. Bila dah pandai nanti saya akan buat tutorial kat sini ya :)
berharap sgt abg CM dapat uat tutorial ttg ray of light nih..tq,sharing is caring =)
selamt hari raya
Post a Comment