Dari Lensa CM

Fotografi Itu Duniaku

Photography Forums



Untuk golongan photographer, forum yg berkaitan dgn fotografi seperti Photoskool (skrg dah di re-branded jadi Malaysia Academy of Photography Arts), PhotoSantai, PhotoMalaysia dan Shutter Asia adalah di antara ruangan berforum yg pasti jadi pilihan sebab dapat 'berkumpul' secara maya dgn kelompok yg sealiran dalam bidang photografi ini. Saya mula-mula sekali mendekati forum2 ini bila saya rasakan ada keperluan utk mengikuti perkembangan terkini dunia fotografi bila saya mula mengaktifkan diri dalam hobi yg saya tinggalkan utk suatu jangkamasa yg agak lama dulu. Apa yg saya nak ceritakan di sini adalah pengamatan saya tentang ahli2 forum tersebut yg pelbagai ragam dan kadang2 mencuit hati kecil saya. Dalam banyak-banyak tu, ada tiga golongan yg mencuit hati saya dan hendak saya kupaskan di sini.

1. Penggila Kamera
Ini golongan yg paling ramai dalam dunia photografi. Golongan ini bukannya menzahirkan minat mereka dengan menghasilkan gambar yg cantik dan berseni tetapi dengan mengumpul koleksi peralatan yg high-end dan terkini. Perbincangan mereka dalam forum berkisar kepada "aku cadang nak rembat 5Dm2", "mana lebih bagus D90 atau D300", "model ni AF tak cukup lajulah", "model ni tak bole shoot 8 fps lah" dan lain2 perbincangan tentang mengupgrade gear. Nak tergelak saya baca. Yang saya heran tu, model kamera yg dia sebut AF nya tak cukup laju tu bukan calang2 model, dan dia nak kamera yg bole shoot 8 fps tu dia nak buat shoot apa? Kata saya dalam hati.. "Seperti si kudung mendapat cincin aje lagaknya hehe." Memang tidak dinafikan peralatan yg high-end adalah sangat membantu utk menghasilkan gambar yg baik tetapi principalnya adalah tangan yg memegang peralatan itu sendiri. Saya masih ingat lagi 10 tahun yg lalu ketika saya mula2 menceburi fotografi secara serius, Ketika itu kawan saya hanya menggunakan kamera SLR mechanical Yashica FX3 dgn flash yg kecil, sementara saya pula cuba utk menandinginya dgn menggunakan SLR terbaru ketika itu iaitu EOS50 dengan flash besar Metz 60CT4. Namun bila kami berjumpa utk bertukar2 pendapat dan melihat hasil foto pengantin yg kami shoot, saya rasa masih terkebelakang. Biarpun dgn peralatan yg sebegitu basic, hasil beliau sangat menakjubkan. Beliau memberi kesedaran kepada saya tentang peri pentingnya ilmu dan latihan yg berterusan utk memajukan diri.

2. Perasan Otai
Golongan ini agak menggelikan hati saya. Golongan ini biasanya senior2 dalam forum tersebut tetapi bukanlah senior manapun dalam dunia photografi. Mereka2 ini memiliki peralatan yg agak hebat, layaknya bila terpandang deretan peralatan kamera, mereka nampak setaraf PRO tetapi pada hakikatnya hanya tuhan yg tahu. Hasil foto pun setakat so-so saja tapi menyombong tak bertempat. Kata saya dalam hati... "Piii rah mabuk!" Saya berpendapat mereka2 yg perasan itu patut malu pada diri sendiri bila mereka meletakkan diri pada tempat yg tidak selayaknya dan menyombong diri pula. Mereka patut mencontohi pengasas Photoskool iaitu saudara SaifulNang yg walaupun bermula lewat tetapi kini sudah melayakkan dirinya di tempat yg agak tinggi dalam dunia photografi disebabkan passion dan usaha gigih yg berterusan tetapi masih humble dan sudi meluangkan masa utk aktiviti mengambil foto bersama2 dgn photographer tanpa mengira baru atau lama utk berkongsi ilmu dan pengalaman. Golongan seperti Saifulnang ini tanpa segan dan silu selayaknya dipanggil otai dan saya sangat memandang tinggi pada golongan seperti ini.

3. Wedding Photog Segera
Golongan yg ini yg paling menggelikan hati saya. Celik-celik mata je dah nak ambil gambar pengantin?? Hahaha.. kecut perut saya menahan tawa bila terbaca salah satu post dalam forum tu bertanyakan "gear apa yg sesuai utk tangkap gambar wedding sebab saya bercadang nak buat wedding job".. dalam hati saya berkata "what da heck!! hehehe". Dalam bidang apa pun yg kita nak buat, ilmu pengetahuan kena ada dulu, selepas itu setkan perancangan dan keyakinan. Setelah itu kuatkan dgn pendedahan dan pengalaman. Bila dah stabil dan yakin barulah galas amanah pengantin utk mengabadikan hari bersejarah mereka yg mungkin berlaku hanya sekali dalam seumur hidup pasangan tu. Tambahan pula, biasanya photographer yg buat wedding job tu mula memasuki bidang tu setelah lama 'bermain' dgn kamera mereka dan kadang2 ia terjadi atas saranan rakan photographer lain yg tahu akan keupayaan photographer tersebut utk mula menjadikan wedding photo sebagai salah satu cabang photo yg memberikan sedikit pulangan utk melayan hobi fotografi yg mahal. Saya sendiri pun memasuki bidang wedding dulu secara tak sengaja setelah didesak kawan2 yg lain. Itupun saya tak terus ambil job wedding. Saya ambil indoor dan outdoor portraiture course dgn kelab foto cina selama 6 bulan utk memantapkan ilmu. Setelah lulus, saya ikut kawan saya yg memang professional wedding photog utk 5 - 6 kali utk dapatkan pendedahan dan pengalaman dan lepas tu barulah saya galas amanah pengantin yg pertama secara bersendirian. Ini tidak.. celik-celik mata je dah nak shoot pengantin! hehe.. dunia.. dunia..

Kesimpulannya, forum-forum fotografi tersebut telah membuka minda saya tentang apa yg berlaku dalam masyarakat photografer di Malaysia. Walaupun ini adalah budaya baru dimana sesetengah photographer menjadikan forum-forum tersebut sebagai platform 'melepak' mereka, namun pada hakikatnya, forumer2 tersebut hanya mewakili sebilangan kecil sahaja daripada keseluruhan masyarakat photographer di mana masih ramai lagi photographer berhaluan kiri seperti kawan2 photographer saya yg lain di luar sana yg lebih selesa dgn tidak berforum tetapi mengekspresikan dunia fotografi mereka dgn lebih serius dan berjaya di dunia realiti.

3 comments:

sishoney said...

salam bro,

entri yg best dr sorang otai lama yg tidak mahu menonjol.betul bro,skang ni ramai yg mengaku otai.hehehehe.yup dalam forum mmg ada yg tanya jenis kameera nak amik wedding,setting apa nak amik wedding,mcm2 soklan.semua terpulang pada individu.sis sendiri tak pernah amik apa2 cos tapi sis belajar melalui tag along.wediing photoq mmg secara tak sengaja...hahhahaha.bila2 sis nak tag dgn bro plak ye :)

zan-xray said...

sangat menarik membaca entry anda yang panjang lebar ni.
Begitulah kita ni sentiasa menganggap masih belum mencukupi ilmu di dada.. masih banyak yang perlu belajar.
Setakat ni saya cuma ambil gambar untuk suka2 sahaja dan mengikut orang untuk mengutip ilmu.

Amay Hamidi said...

Saya amat setuju dengan Abe Mat ni..Tak mau komen apa2 sebab sebab apa yang saya nak komen dah pun dikomen oleh Abe Mat..

Followers

My Vintage Collections



1 - Canon EOS 50
2 - Canon EOS 5
3 - Canon AV-1
4 - Canon AE-1
5 - Canon Canonet 28
6 - Rolleicord
7 - Kiev 88
8 - Zenit TTL
9 - Olympus Pen EE-3 (2 units)
10 - Nikon EM
11 - Agfa Super Silette-L
12 - Halina Paulette
13 - Rollei 35 LED
14 - Kodak Retinette 1A
15 - Agfa Isoflash - Rapid C
16 - Balda Baldinette
17 - Certotix 6x9 Folding
18 - Nikon FG
19 - Minolta SRT 100X
20 - Asahi Pentax
21 - Yashica FX-3
22 - Minolta Hi-Matic F
23 - Samoca LE-11
24 - Canon Canonet (1st Version)
25 - Konica EE-Matic
26 - Halina Simplette
27 - Bencini Comet S
28 - Halina 35X (2 units)
29 - Yashica Minister III
30 - Halina 35X Super (2 units)
31 - Bell & Howell/Canonet 19
32 - Bencini Comet II
33 - Arrow Mini Spy
34 - Minetta Mini Spy
35 - Rollei 35B
36 - Practica Super TL
37 - Olympus OM10
38 - Halina 3000
39 - Rival 35

Accessories:
1 - Gossen Super Pilot Light Meter
2 - Agfa Lucimeter S - Camera Lightmeter
3 - Canon Canolite D Flash Strobe 35mm
4 - Rollei E15 Auto Flash Head Unit 35mm
5 - Agfa "Agfalux" Bakelite Photo Flash 35mm
6 - Hunter Standard II Electronic Flash Unit
7 - Canon Flash Unit J-2
8 - Duo Luse Folding Flash Gun
9 - Starblitz 160A Flash Gun
10 - Agfa ISI-Blitz Flash Unit (2 units)
11 - Canon Flash Unit J-3 (2 units)
12 - Gossen Sixtomat Exposure Meter
13 - Gossen Sixon Exposure Meter
14 - Etalon Automat-A Exposure Meter
15 - 3 units of Vintage Camera Self-Timer
16 - Kobold Z1 Flash Unit
17 - Watameter Rangefinder
18 - Hanimex PR-55 Exposure Meter

Talk Corner




ShoutMix