Lama saya tak main dengan macro subject. So pagi tadi saya pun dok memikir apa subjek makro yg best utk di snap ek. Nak snap bunga, rasa malas pulak nak keluar pergi cari bunga. Nak snap serangga? Mana plak nak cari serangga. Tup-tup, terpikir nak snap macro gambar kura-kura. Tapi nak snap kura-kura ni bukan mudah juga rupanya. Kepala dia tu asyik nak menyorok jer. Nak tunggu dia keluarkan kepala dia tu untuk di snap secara natural agak payah juga. hehe sabor ajelah. Nak tahu lokasi di mana saya snap kura-kura tu? Klik SINI.
Lama juga saya tak update gambar terbaru di blog ni. Kesibukan kerja benar-benar mengekang waktu saya utk berekspresi dgn lensa kamera saya. Namun demikian saya berkesempatan juga utk memanaskan kamera saya sekejap di sawah padi di Kuala Selangor siang tadi. Tapi tak banyak shot yg saya petik sebab sinar matahari yg terlalu terik. Tambahan pula saya kesana tanpa perancangan awal. Tujuan ke sana adalah utk memenuhi permintaan isteri saya yg teringin sangat hendak melihat sawah padi. Setahu saya kalau nak tengok bendang, boleh pergi ke Kuala Selangor, Sekinchan atau Sabak Bernam. Lepas sarapan pagi tadi terus saya tanya isteri saya nak pergi tengok sawah padi tak? Tersenyum lebar dia mendengar pelawaan saya. Terus saya search Google Map utk tengok jalan ke Kuala Selangor. Saya tak pernah lagi memandu hingga ke kawasan sebelah sana jadi lebih baik saya tinjau dipeta dulu. Sedikit sebanyak dapatlah membantu saya nanti.
Lebih kurang pukul 1:30 tengahari tadi saya dan isteri bersama anak bungsu saya keluar dari rumah. Saya tiba di Kuala Selangor lebih kurang 1 jam lima belas minit kemudian. Tapi setiba saya disana saya tak nampak kelibat walau sepetak sawah padi pun dari laluan utama jalanraya. Namun demikian saya teruskan juga memandu menuju ke Sabak Bernam kalau-kalau ternampak nanti bolehlah saya membelok masuk. Namun setelah menghampiri Sekinchan iaitu separuh perjalanan ke Sabak Bernam, saya hampir-hampir berputus-asa dan ingin berpatah balik kerana seperti tiada bayang-bayang sawah padi pun yg kelihatan. Namun berkat kesabaran, 2 minit selepas itu saya ternampak seperti kelibat kehijauan sawah sewaktu saya menoleh ke kanan jalan. Terus saya perlahankan kereta dan mencari jalan utk berpatah balik dan masuk ke simpang jalan tersebut. Alhamdulilah termakbul hajat saya utk merealisasikan impian isteri saya utk melihat bendang dan memegang rumpun padi.Saya turut rasa seronok dan pasti akan kembali ke sana semula suatu masa nanti untuk 'menembak' lagi.
Salam.. seperti yg dijanjikan sebelum ni, saya buatkan tutorial bagaimana nak membuat light rays seperti gambar di atas berbanding gambar yg asal. Tapi untuk sesiapa yg nak mencuba teknik ni mestilah sudah ada pengetahuan asas tentang photoshop sebab step-step yg saya beri kat bawah ni adalah high-level steps. Seperkara lagi, teknik ni tak boleh diaplikasikan begitu saja pada sebarang gambar sebab ia harus disesuaikan dengan suasana dalam gambar tersebut. Jika suasananya sesuai, dengan menambahkan light rays akan menambahkan dan menyerlahkan mood dramatik kepada gambar tersebut. Samada nak kesan cahaya tu kuat atau longgar, terpulanglah kepada citarasa masing2. Semoga panduan asas dibawah ni dapat membantu utk sesiapa yg hendak mencuba.
1. Buat layer kepada gambar tersebut: 'Layer'->'Duplicate Layer'.
2. Setelah itu klik kepada layer tersebut dan pergi ke menu 'Image'.
3. Pilih 'Image'->'Adjustment'->'Level'.
4. Tarik pointer yg paling kiri ke arah yg paling kanan sekali.
5. Gambar layer tersebut akan menjadi gelap dan sumber cahaya akan terserlah.
6. Gunakan tool brush dan warnakan selain dari sumber cahaya tersebut kepada warna hitam.
7. Setelah itu pergi ke menu Filter dan pilih 'Blur'->'Radial Blur'.8. Pilih amount 100, blur method 'zoom', quality 'best' dan adjustkan 'blur centre' sama seperti lokasi sumber cahaya tersebut ke arah yg dikehendaki.
9. Duplicatekan layer yg telah siap itu dan ulang step 7 & 8 (tapi tak payah adjust 'blur centre') hingga 4 atau 5 kali atau sehingga anda dapat kesan yg anda mahukan. Sebagai jalan pintas boleh gunakan [Ctrl+J] dan [Ctrl + F].
10. Setelah langkah tersebut siap, anda akan dapat beberapa layer 'gambar cahaya'. Gabungkan layer tersebut dengan pilih 'Layer'->'Merge down' atau [Ctrl+E] hingga tinggal 1 layer.
11. Untuk menjadikan layer tersebut kelihatan di atas gambar asal, klik pada tab layer dan pilih 'screen'.
12. Sekarang light rays tersebut akan kelihatan pada gambar. Ubah-suaikan warna dan saturation pada layer. Sesuaikan juga level, curve dan lain-lain image adjustment pada backgroundnya mengikut citarasa masing-masing.
Selamat mencuba!
Bila saya buka blog ni petang tadi, saya garu kepala yg tak gatal ni sekejap sambil tersenyum sumbing. Bukannya apa. Dah berabad rupanya saya biarkan blog saya ni seperti rumah yg tak berpenghuni. Tapi sebenarnya bukan saya sengaja tak nak update. Tapi masa saya memang sangat-sangat terhad sejak dua tiga bulan kebelakangan ni disebabkan komitmen kerja. Jangankan nak update blog, kamera saya tu pun dah sejuk keras duduk dalam drybox sebab tak digunakan. Itupun nasib baik hari tu dapat dipanaskan sekejap sebab saya menghadiri event Msjbox di JB. Gambar-gambar yg ditembak disana adalah gambar2 coverage acara rumah terbuka dan yg sewaktu dengannya. Tak ada yg menarik utk dipertontonkan di sini. Cuma saya agak tertarik dgn satu gambar yg dipetik oleh isteri saya iaitu waktu saya sedang membantu membakar sate kerana itulah kali yg pertama dalam hidup saya, saya membakar sate. Entah apa rasanya sate tu hehe. Dan utk menyuntik sedikit mood dalam gambar tu, saya editkan mengikut style Agah Permadi . Nampaknya saya sudah semakin selesa dengan style beliau.
Subscribe to:
Posts (Atom)