Akhirnya petang tadi saya buat keputusan bulat utk ambil vintage buatan Rusia iaitu KIEV 88. Dan utk menunjukkan betapa lemahnya saya utk menangkis godaan kamera-kamera vintage tersebut, saya membawa pulang bukan setakat KIEV 88 itu saja malah saya turut membawa pulang 4 lagi kamera bersama iaitu 1 Zenit TTL yg juga buatan Rusia, 1 Nikon EM dan 2 Olympus Pen EE.
Setakat ni saya dah kumpul 11 kamera filem klasik dan Vintage. Jika dicampurkan 1 lagi iaitu Agfa Super Silette-L yg saya jangka akan sampai dalamasa seminggu dua lagi maka genaplah sedozen semuanya koleksi saya.
Untuk memudahkan saya melihat kesemua kamera tersebut, semalam saya beli almari pameran kaca di IKEA. Selepas saya letakkan semua koleksi tersebut ternyata dah tak ada ruang lagi jika saya nak letak lebih lagi, jadi nampaknya buat masa ini saya terpaksa berhenti setakat ini dulu.
Canon AV-1, Canon AE-1 & Canon Canonet 28
Kiev 88 & Rolleicord
Zenit TTL, OLympus Pen EE & Nikon EM
Canon EOS 5 & Canon EOS 50
Yang ini ahli terbaru dari Jerman pulak, kamera klasik vintage
Rolleicord TLR (twin lens reflex) yg berusia sekitar perang dunia kedua. Saya baru je dapat kamera ni tengahari tadi. Saya rasa teruja bila saya pegang dan cuba-cuba 'bermain' dgn kamera ni. Maklumlah, kamera ni sangat berusia dan sudah tentunya ia telah menempuh era yg panjang dalam memenuhi tuntutan tugasannya utk mengabadikan saat-saat indah atau momento yg penting di tangan seorang photographer. Saya betul-betul teruja.
Bermula dari pembelian SLR filem EOS 5 pada bulan lepas, saya rasa saya dah terkena jangkitan virus 'collectors'. Jikalau kawan saya di Sedenak, selatan tanahair sana begitu passionate mengumpul dining wares dan teko-teko lama, saya pula tiba-tiba saja berminat utk mengumpul koleksi kamera-kamera lama. Oleh kerana saya adalah pengguna Canon yg tegar, jadi koleksi lama ini pun semuanya dari Canon juga. Saya dok survey mencari kamera-kamera ni sejak seminggu yg lepas dan tadi saya mendapat 3 kamera sekaligus. Kesemuanya masih berfungsi dgn baik dan sudah digandingkan dgn kamera SLR filem yg dibeli sebelum ini. Ini adalah permulaan bagi hobi baru saya. Tambahan dari hobi berfotografi, saya ingin memiliki legasi ke atas peralatan yg pernah mewarnai dunia fotografi sejak dari awal penciptaannya. Bermula dari kini, pencarian saya ini akan terus berterusan.