Sekadar nak share gambar kat atas nie. Sebelum tu, dalam entri kat bawah nie, gambar yg saya ambil masa outing di Sg. Tua Ulu Yam sebelum ni kaya dgn natural ROL, kerana pada masa kami pergi tu cuaca sejuk berkabus baru lepas hujan pada 2, 3 hari sebelumnya. Tapi pada masa saya shoot lagi pada outing yg kedua minggu lepas, cuaca sangat cerah dan panas 2,3 hari sebelumnya. Jadi.. tak adalah kabus, justeru tak adalah juga natural ROL. Agak hampalah juga sebab niat tak tercapai. Tapi disebabkan hajat hati nak abadikan gambar dengan ROL juga, jadi saya edit dan tambahkan artificial ROL pada gambar yg saya shoot ni menggunakan aplikasi photoshop. Hmmmm.. menarik juga hasilnya..
Malam semalam masa saya nak keluar pergi kedai, saya ternampak seekor anak belalang kunyit kat atas pokok bunga di tepi parking kereta dalam rumah saya. Oleh kerana masa tu hari dah gelap jadi saya bercadang esok paginya nak jenguk semula tengok belalang tu masih ada lagi ke tidak. Pagi tadi bila saya tengok semula, belalang tu masih ada kat situ. Apalagi, terus masuk rumah semula ambil kamera saya.
Dah lama giler saya tak update blog saya nie. Dan dah lama giler juga saya tak bermain dengan kamera saya. Nasib baik simpan dalam dry cabinet. Kalau letak kat luar je dah lekat fungus agaknya. Maklumlah, busy tahap gaban.
Semalam, bila kawan saya mengajak utk outing ambik gambar ke jeram sungai berdekatan area selangor, saya tak berfikir panjang lantas terus bersetuju. Kami bertolak awal pagi dan tiba di jeram Sg. Tua lebih kurang pukul 7:45 pagi. Setibanya kami di lokasi yg dituju, kabus pagi masih lagi berbaki. Jadi dapatlah kami mengabadikan beberapa shots gambar yg mengandungi Ray of Lights yg asli. Jika berkesempatan lagi, saya pasti akan menyusul utk sesi yg kedua pula sebab itulah pengalaman pertama saya mengambil gambar scenery dalam hutan yg mengakibatkan saya rasa bercelaru dan jadi kurang kreatif utk berekspresi. InsyaAllah saya akan menyusul utk outing kedua nanti jika berpeluang sebab outing yg ini saya rasa kurang berpuas hati.
Subscribe to:
Posts (Atom)