Lanjutan dari entri saya yg lepas yang menyebabkan saya termenung panjang tu, dan setelah berfikir agak lama juga.. akhirnya saya bulat dengan keputusan.. untuk membuat comeback in wedding photography. Bersama tiga lagi rakan wedding photographer di Kuala Lumpur, kami menubuhkan satu photographer group yg diberi nama Creative Pixel Studio. Semua rakan-rakan saya tersebut memang sudah bertapak dalam wedding photografi secara persendirian, namun setelah beberapa perbincangan kami sepakat untuk membuat representation nama kami dalam industri wedding photography dengan menampilkan satu branding.
Buat masa ni, kami masih sibuk menyiapkan website rasmi dan setelah mendaftarkan domain nya, kami merancang untuk melancarkannya selewat-lewatnya pada akhir bulan April 2010. Berdasarkan pengalaman saya yg menggunakan konsep yg sama sewaktu saya beroperasi di JB dulu, representation seperti ini lebih mudah untuk capture market dan menampakkan imej yg lebih profesional. Secara keseluruhan, group kami terdiri daripada 4 photographers di KL, 1 di Melaka dan 1 lagi di JB. Pada masa hadapan, kami mungkin akan meluaskan lagi jaringan kami dengan melatih lebih ramai ahli sebagai apprentis.
Saya tak tahulah samada saya larat atau tidak nanti. Tapi saya rasa, saya mungkin akan sangat selective utk memilih client dan semuanya bergantung pada masa lapang saya. Namun demikian, dengan kejayaan merealisasikan penubuhan kumpulan dengan konsep re-branding seperti ini, saya yakin akan dapat melonjakkan nama rakan-rakan photographer saya yg lain yg memang benar-benar serius dalam wedding photography untuk mereka pergi lebih jauh dalam industri ini. InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
buat wedding la best.....kepuasan,kenikmatan,kegembiraan terserlah selepas melihat senyuman dari client yang melihat hasil dari titik peluh kita tuuuu
Post a Comment