Lanjutan dari entri saya yg lepas yang menyebabkan saya termenung panjang tu, dan setelah berfikir agak lama juga.. akhirnya saya bulat dengan keputusan.. untuk membuat comeback in wedding photography. Bersama tiga lagi rakan wedding photographer di Kuala Lumpur, kami menubuhkan satu photographer group yg diberi nama Creative Pixel Studio. Semua rakan-rakan saya tersebut memang sudah bertapak dalam wedding photografi secara persendirian, namun setelah beberapa perbincangan kami sepakat untuk membuat representation nama kami dalam industri wedding photography dengan menampilkan satu branding.
Buat masa ni, kami masih sibuk menyiapkan website rasmi dan setelah mendaftarkan domain nya, kami merancang untuk melancarkannya selewat-lewatnya pada akhir bulan April 2010. Berdasarkan pengalaman saya yg menggunakan konsep yg sama sewaktu saya beroperasi di JB dulu, representation seperti ini lebih mudah untuk capture market dan menampakkan imej yg lebih profesional. Secara keseluruhan, group kami terdiri daripada 4 photographers di KL, 1 di Melaka dan 1 lagi di JB. Pada masa hadapan, kami mungkin akan meluaskan lagi jaringan kami dengan melatih lebih ramai ahli sebagai apprentis.
Saya tak tahulah samada saya larat atau tidak nanti. Tapi saya rasa, saya mungkin akan sangat selective utk memilih client dan semuanya bergantung pada masa lapang saya. Namun demikian, dengan kejayaan merealisasikan penubuhan kumpulan dengan konsep re-branding seperti ini, saya yakin akan dapat melonjakkan nama rakan-rakan photographer saya yg lain yg memang benar-benar serius dalam wedding photography untuk mereka pergi lebih jauh dalam industri ini. InsyaAllah.
Gambar bunga api ni di ambil semasa pesta Hot Air Balloon yg berlangsung di Putrajaya semalam. Gambar agak kurang menarik disebabkan framing yg agak ketat. Masa tu saya tak sure bunga api akan ditembak dari mana. Jadi saya dok menunggu ditepi tasik sambil kamera dah siap2 difokus dan diarahkan ke kawasan hot air balloon tersebut. Tiba-tiba bila bunga api ditembak, rupanya lokasi ia diletuskan ialah dari seberang kawasan tasik. Kelam kabut pusingkan tripod dan mula memetik shutter. Hasilnya, jarak composition yg pendek, tak dapat nak include persekitaran disebabkan lens tak cukup wide.
Sila abaikan gambar di atas tu ye. Sebab saya pun tengah dok memikir apalah agaknya yg dimenungkan oleh mamat tu. Dalam bilik air pulak tu. Macam tengah buat bisnes je tu hehehe.
Sebenarnya gambar tu untuk menggambarkan betapa rumitnya dilema yg memerlukan saya berfikir panjang utk membuat keputusan. Sejak dua tiga bulan yg lepas, dah beberapa wedding job dari beberapa rakan photographer saya di KL ni yg meminta saya tolong 'cover' job dorang yg terpaksa saya tolak dgn baik memandangkan keputusan yg telah dibuat lama dulu utk saya berundur terus dari wedding job. Namun dalam hati kecil terdetik satu naluri yg meminta saya berfikir semula, mengapa tidak sekali sekala saya terima wedding job jika saya benar-benar berkelapangan.
Entahlah. Tapi sehingga ke saat saya menulis entri ini, saya masih rasa berat hati. Esok-esok nanti kalau terbuka hati saya semula, mana tahu mungkin saya akan berubah fikiran.
Buat masa ni saya rasa biarlah saya ambil approach, tunggu dan lihat dulu pada keadaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)