Saya mula menanam minat untuk menjadikan fotografi sebagai hobi yg serius seawal saya berusia 9 - 10 tahun. Segala-galanya mula berputik daripada melihat lagak 'apek tukang gambar' yg beraksi mengambil gambar perkahwinan berhampiran rumah saya sewaktu saya kecil. Saya amat tertarik melihat apek tersebut memikul kameranya yg besar bersama lampu flash yg rupanya seperti senduk gulai kawah pengantin. Setiap kali bila lampu flash tersebut menyala saya akan rasa sangat gembira. Waktu itu saya tak tahupun yg sebenarnya saya tak masuk dalam fokus pun, dan sebenarnya cuma terkena kilasan lampu tersebut dari sisi. Namun, itupun sudah cukup utk saya rasa gah dan berangan-angan utk memiliki kamera seperti itu bila saya sudah besar nanti.
Apabila saya melangkah ke tingkatan 4, saya mula menyisihkan sebahagian besar daripada duit belanja sekolah utk membeli kamera compact yg rupanya seakan kamera SLR yg setiap hari saya intai setiap kali bila habis waktu sekolah disebuah kedai kamera dijalan Wong Ah Fook, JB. Hampir sebulan lebih rasanya selepas mula2 melihat kamera tersebut, saya panik bila pada suatu hari kamera tersebut telah tiada lagi dalam rak pameran kedai tersebut. Saya rasa seperti nak menangis bila apek kedai tersebut memberitahu saya yg kamera tersebut sudah dijual. Tapi saya lega semula bila apek tersebut meyakinkan saya yg stok baru akan sampai seminggu kemudian.
Itulah permulaan kisah ketaksuban saya kepada fotorafi dan kamera pada tahun 1984 sewaktu saya berusia16 tahun. Bermula dari kamera compact yg tiada jenama, saya mula beralih kepada kamera yg lebih serius dua tahun kemudian iaitu kamera jenama 'Canon Demi' yg sempat saya pakai hampir 2 tahun. Kamera tersebut saya jual kepada seorang rakan kemudiannya kerana saya diberitahu oleh kedai kamera bahawa bateri utk kamera tersebut sudah dihentikan pengeluarannya dari kilangnya di Jepun kerana model tersebut sudah terlalu lama berada dalam pasaran. Hobi saya dalam fotografi terhenti terus sebaik saya menjual kamera tersebut.
Kamera canggih saya yg terawal iaitu Canon Demi
Saya terdetik utk memulakan semula hobi dalam fotografi setelah saya berkahwin dan mendapat anak yg pertama dan saya buat keputusan utk mencuba-cuba kamera SLR pula. Model SLR milik saya yg pertama adalah Canon EOS888.
Canon EOS888. Kamera SLR pertama saya.
Setelah saya mula menggunakan kamera tersebut, saya terasa yg saya ingin lebih mendalami bidang fotografi dan saya mula membeli buku-buku rujukan tentang fotografi. Selain buku, saya juga mula meminati majalah fotografi. Bermula dari situlah kemudiannya saya berjinak-jinak pula utk menyertai Kelab Fotografi Johor. Dari situ saya mula bergaul dgn golongan photographer yg semuanya sangat serius tentang photografi. Namun demikian, sesuatu yg saya kesan tentang mereka adalah, ada antara kalangan mereka yg bukan jenis 'gila seni photo' tetapi 'gila kamera'. Bila saya berada bersama mereka-mereka inilah, saya mula merasa kerdil kerana hanya menggunakan SLR EOS888. Saya tak tunggu lama selepas itu kerana panas telinga dan mula upgrade kepada EOS50 dan EOS5 tidak lama kemudian. Ternyata bidang photografi menuntut perbelanjaan yg amat tinggi. Lebih daripada 10 ribu ringgit saya habiskan utk kamera bersama kelengkapan lens dan flashnya. Tetapi saya agak lega sedikit tidak lama selepas itu setelah saya menyahut saranan rakan saya utk melibatkan diri secara sambilan sebagai jurufoto pengantin pada hujung minggu utk menyara hobi yg mahal ini. Sedikit demi sedikit pelaburan saya mula terbayar semula malah saya mula menikmati hasil lumayan bila khidmat saya sebagai jurufoto pengantin semakin memuncak beberapa bulan selepas itu. Sayangnya saya terpaksa melepaskan kerja sambilan hujung minggu yg lumayan tersebut bila saya ditukarkan kerja dari JB ke KL. Oleh kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya pada kerja disamping utk memulakan kehidupan ditempat baru, saya menjual kesemua peralatan fotografi saya kecuali Kamera EOS50 yg masih lagi saya simpan dan berfungsi dgn baik. Penghijrahan saya dari JB ke KL seakan turut menguburkan hobi saya dalam fotografi kerana EOS50 saya tidak pernah disentuh lagi semenjak dari hari pertama lagi saya berpindah ke KL. Dan rupanya begitulah penamatnya penglibatan saya dalam SLR yg menggunakan filem.
Canon EOS50 saya yg masih tersimpan dan berfungsi dgn baik.
Kini, era baru digital SLR telah mula mencuit hati saya utk mula bermain dgn fotografi semula. Tetapi saya mulakan semula hobi ini dgn langkah kecil kerana saya tahu bila SLR mula memasuki era digital, era teknologinya akan bergerak sangat pantas. Saya akan hanya 'upgrade' bila saya rasa benar-benar selesa nanti. Tambahan pula, saya tidak mahu menghamburkan pelaburan yg tinggi utk peralatan kerana saya anggap yg saya 'orang baru' dalam era digital walaupun sebenarnya saya sudah lama dalam fotografi.
Pencetus utk saya mula kembali kedalam hobi fotografi
Namun demikian, walau sekuat mana saya cuba mengelak, ternyata bidang ini memang menuntut pembiayaan yg tinggi utk memenuhi keperluan peralatan asas dan saya sudah membayangkan menulis senarai yg panjang. Saya harap saya akan dapat mengawal diri agar tidak terikut2 utk meng'upgrade' kamera dan melambak gadjet photografi seperti sewaktu saya di JB dulu. Dan saya akan terus mengingatkan diri saya akan prinsip terasnya iaitu 'menggilai seni photo' bukannya 'menggilai kamera'. InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
mcm akan ada sesuatu la kat sini
pakcik.. ayah saya akan follow blog ni.. hu hu..
Uiks.. tak perasan, tiba2 nampak ada 2 komenlah kat sini hehe.
Ret.. sesuatu apakah itu yer? :)
AmmarAiman.. kirim salam kat ayah kamu yer :)
Sesuatu itu sudah berhapdet heheheh.... ;-)
salam bro,
wah ni akan jadi blog wajib sis kelak.insyallah.wah canon ape tu yer bro.nnt bila sis p sana.leh la kita berekpresi dgn fhoto :)
ni yang panas jer baca orang sumer dah ader kamera.. huhu.. nak jugak! :P
peh,,old school nyer Canon Demi,,,,,,,da lme ku mencari,,,,
salam CM...esok2 kalau saya ada DSLR..boleh lah mintak tunjuk ajar yeaaa...hehehe...kena panggil "sifu" nampaknyaa!!!
Salam CM.saya mmg betul2 minat tntg fotografi ni...nak tanya CM lah..kamera DSLR yang mcm mana patut saya gunakan dulu utk belajar fotografi???nak belajar ngan CM lah...CM jadi guru fotografi...
Salam Aiman. Cuma ada 2 brand jer yg CM suka. Nikon atau Canon. Nikon famous kerana mutu lensnya. Canon plak kerana teknologinya. Sebelum masuk SLR dulu CM suka pada Nikon. Tapi oleh kerana geng2 photographer dulu bnyak pakai Canon, CM pun dah terikut2 juga. Tapi, lens Canon pun dah setanding Nikon skrg ni malah ada yg lebih baik lagi. Journalist pun semua pakai Canon. Antara Nikon & Canon ni, tentang model mana yg sesuai utk beginner, tiada benchmark yg khusus. Semuanya terpulang pada citarasa, tujuan dan budget jer.
salam ziarah sahabat..
Post a Comment